Monday, 19 December 2011

Please don't say.


GAAHH!! ni baru teaser! aku dah dapat feeling dia. k. over. *walaupun x paham lyric dia, nanti bila rajin aku search* and.. and..please don't cry TT__TT aku ni dah la pantang tengok orang sedih-sedih ni. mula la nak rasa cembeng tak tentu pasal. nanti muka aku jadi macam orang kena sembelit pulak. 

oh kawan-kawan. mesti korang confuse kan? pfft.. aku memang tak ikuti kpop pun. cuma aku bosan. faham? bosan. b.o.s.a.n! and aku tak tau sangat pasal kpop ni. pengetahuan aku hanya sebesar hama je *merendah diri* aku just go with the flow. semua lagu aku boleh masuk. lagu "pukul lima pagi, siram pokok bunga" pun aku layan jugak. jadi janganlah anggap aku "budak baru nak up+bajet guna kpop". and aku tak layak nak masuk gang ELF ke, b2uty ke atau apa-apa je. aku masuk gang "budak gila tak de life yang asyik layan 9gag.com" je la.

p/s: korang perasan tak ada kewujudan clone seseorang disitu? GAHH!! lupakan -___-

Thursday, 24 November 2011

biskut bentuk tahi warna warni.

JYEAH!! malaysia menang bola sepak sea games!
menang
menang
menang!!
ok. aku lame. silalah menyindir aku. *menekup muka sambil menangis teresak-esak*

lupakan. straight to the point. aku sangat suka biskut ni. macam mana nak explain bentuk biskut ni ye? uhh.. dia biskut. biskut yang sedap. dan ada benda manis berbentuk tahi diatasnya yang mempunyai pelbagai warna dan boleh menarik hati si pemakan mengikut warna kegemaran mereka. rasa manis yang mencair dimulut semestinya sedikit sebanyak menyentuh sanubari sesiapa yang memakannya.
biskut yang mencuri hatiku.

selalunya aku akan makan biskut ni tanpa makan "benda manis yang berbentuk tahi itu" dahulu. sebab aku nak menikmatinya kemudian. *air liur meleleh*

p/s : adik aku baru balik kursus dari teluk batik dan dia belikan aku satu pek keropok ikan. aku rasa sangat terharu. *mengesat air mata sambil mengunyah keropok ikan*

Sunday, 20 November 2011

Malaysia ke final!! yeay!!

dp kat fb.
Alhamdulillah!! malaysia masuk final weyh! masuk final for bola sepak!! this is freaking good news! but the saddest news is, malaysia akan lawan dengan negara 'yang sangat menghormati negara malaysia'. yeah.. apa lagi.. aku harap mental and fizikal harimau muda kuat. sebab mereka bukan saja menentang 11 orang pemain indonesia tapi dengan beribu-ribu peminat fanatik susah mati mereka. kau bayangkan kau tengah main bola best-best orang ejek-ejek kau. tak rasa macam nak bagi diorang makan kasut korang! kalau aku ada duit yang lebih(and of course keberanian yang tinggi) for sure aku akan pergi! nak bagi sokongan gila-gila!! 
gelek-gelek aku dengar lagu ni.
lagu ni kalau nyanyi kat stadium dengan penyokong malaysia yang ramai sure bergema stadium tu!! and sama-sama jangan lupa tengok MALAYSIA fight dengan indonesia hari isnin pukul 8 malam. sama-sama bagi sokongan!! 
SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA! HARIMAU MALAYA!
SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA! SOKONG MALAYSIA!
EH LELELELE OHOHOH!
EH LELELELE OHOHOH! (aku main bantai je. betul ke?)
ps : aku memang bersemangat patriotik. tak tau ke? duuhh. semangat aku ni lain macam.

Tuesday, 15 November 2011

sukan sea 2011.

sukan sea 2011 dah berlangsung sejak 11 november lagi. tamat pada 22 november. aku memang tak miss la nak tengok story pasal sukan sea ni kat astro arena dengan tv3. aku pun tak tau kenapa aku minat sangat. nampak sangat menarik <3


aku semestinya menyokong malaysia!! negara yang amat ku cintai sepenuh jiwa dan raga k! kalah menang adat pertandingan. tadi aku tengok acara renang. not bad la malaysia. kalau ada daniel bego kalah korang semua! mwahahaha! and aku tak sabar nak tengok malaysia lawan indonesia pada 17 nov ni. note to penyokong indonesia : jangan nak boo boo pemain malaysia k! nanti aku terbang datang sana, bakar stadium korang! kesian kat harimau muda nanti :(



ps : seluruh rakyat malaysia mendoakan kejayaan atlet-atlet malaysia. jadi lakukanlah yang terbaik! (kalahkan indonesia tu!) and dapatkan pingat emas sebanyak yang mungkin. GANBATTE!!

Monday, 7 November 2011

saya bose. bose. bose.

serious bosan! tak tahu nak buat apa hari ni. macam orang tak da life. aku bosan makan benda yang sama, lemang, rendang etc (hari raya korban bebeyh!). kalau dah makan benda yang sama for 3 hari mana tak bosan -__- bosan tak da activity best nak buat. bosan tak da novel baru nak dibaca. bosan sebab tak pergi mana-mana. bosan sebab aku seorang yang bosan. bosan bila pikir cuti yang akan datang tanpa buat apa-apa. bosan tak boleh keluar jalan-jalan suka-suka hati.bosan.bosan.bosan. aku pun jadi bosan taip benda bosan ni. UGH!! 
 
ps : bose? pejadah tu? maksud dia bosan la. -__- DUHH!! kau ni membosankan lah. 

Tuesday, 1 November 2011

Ibu! kakngah nak bekal!

habislah sudah kesengsaraan aku kali ni. exam yang memang aku nantikan supaya cepat habis dah pun tamat. penat lelah terpaksa bersengkang mata sampai lewat malam pun hilang (cehh~ macam belajar). 
*****
waktu rehat tadi, macam biasa aku pergi makan. cehh~ tak kan nak belajar pulak. makanan kantin semuanya tak membangkitkan selera makan aku.tapi apa kan daya, aku tengah lapar tahap singa mengaum! nak makan kuey tiao tom yam, aku selesema pulak. nanti meleleh je hingus sebab pedas. YEKK! jadi aku putuskan untuk beli 'wafel lembik yang cuma dipanaskan' yang berharga 2 ringgit.

tengah aku mengunyah makanan secara penuh tertib, datang 3 orang kawan from kelas epsilon. ada sorang tu nama dia Iffah (bukan nama sebenar) selalu bawak bekal. mak dia masakkan pagi-pagi sebelum anak dia pergi sekolah. jealous aku! kalau family aku, makan tengah hari pun kat kedai, ni apatah lagi sarapan. pssh! ada je makanan best2 yang dia bawak. hari-hari bekal lain. jealous aku!! and! mak dia asingkan bihun dgn kuah! sangat penyayang!! aku rasa macam nak tukar tempat je dengan dia. aku pun tak ingat last time aku bawak bekal bila. sangat sadis!
 
ps : tadi lunch makan kfc. =___=' aku nak mak aku masak!!!

Thursday, 27 October 2011

ramen! ramen!

waaa DX perutku lapar dan terlintas perkataan ramen di otakku. pahal ramen? aku pun tak tau. maybe disebabkan aku baru tengok cerita dragon ball dekat astro ceria (ada kena mengena ke?). kerana terlalu inginkan ramen, aku pegi search kat youtube. tgk ramen pun aku rasa dah cukup mengenyangkan aku. maybe.
 
then, tiba-tiba aku termasuk dekat 'ramensong'. video sepanjang 1:11. ohh.. it's ok. aku sanggup tengok. suprisingly, bila dah start 'ramensong' tu, aku enjoy dan menari ikut rentak(pejadah kau aini?). 
siapa nak masakkan ramen untuk aku dialu-alukan :3
ps : aku tak pernah rasa ramen. sadis tak?

Sunday, 16 October 2011

Ball on a String Game (I MADE IT!)

wahai rakanku syiqeen yang amat ku benci,
bukan kau sahaja yang berjaya menukarkan colour bola itu. aku pun sudah berjaya! 
USAHA TANGGA KEJAYAAN!
setelah 5 minit bertarung nyawa, bola yang tadinya biru menjadi..
 

Kau lihatlah syiqeen! aku juga mampu berjaya! MWAHAHAHAHAHA XD
ps : nak main cari sendiri website dia. USAHA TANGGA KEJAYAAN!!


Saturday, 15 October 2011

Friday, 14 October 2011

apakah yang cuba disampaikan?

berlalu lah sudah ujian akhir tahun mathematics pada pagi tadi :D (senyum yang tidak dipaksa-paksa). so, next journey ialah SEJARAH!!  excited nya nak hafal banyak-banyak nanti. rasa macam nak hafal sekarang :3

haishh.. dengan belajar sampai midnight semalam ditambah dengan selsema ditambah dengan mata sepet aku yang menawan bertambah-tambahlah kesepetan mata aku. balik je dari sekolah terus buka laptop.  mata yang tadinya tidak bermaya terus segar bugar bagai baru minum innershine. this is not a good thing actually. sebab apa yang akan dilihat sememangnya akan menyakitkan mata anda. THIS IS SERIOUS! 


aku tak tau la apa yang cuba disampaikan@dipersembahkan. dengan nama group HEART2HEART yang boleh diumpamakan kawan rapan rapat kepada group max 24/7 tetapi HEART2HEART ini asal dari amerika @__@ mereka kelihatan seperti budak-budak hingusan yang ingin menjadi B2ST. tajuk lagu ala=ala nak tiru najwa latif. ugh puhlease!! get your own identity man. OR maybe ini adalah boyband semata-mata untuk mengimbau kembali kegemilangan westlife. IDK =___= everyone have their own perspective.
ps : harap-harap dapat study sejarah dengan tenang :)

Monday, 10 October 2011

AWW~ comelnya :3


ps :mata kucing tu sepet macam mata I ok! comeeyzz cecangat :3

Friday, 7 October 2011

aku seorang kakak yang jahat!

 Aku stress sangat ni! Rasa macam nak hentak kepala kat kepala orang lain! Paper account tak boleh nak susah lagi ke?! Sudah-sudahlah kau beri kesusahan dalam hidup aku. Aku mesti berubah! Jangan selalu mengeluh! Banyak lagi paper yang sedang menunggu aku dengan sabar. YA! dengan ini aku cuba untuk menjadi seorang manusia yang mempunyai keazaman yang tinggi demi mencapai  matlamat wawasan 2020!


Enough! Enough! Aku memang seorang kakak yang jahat. Kenapa? Sebab aku dah menakutkan adik aku yang berumur 4 tahun itu. Mana tak nya, mood aku yang tengah berada di takat suam-suam kuku itu dicabar oleh sikap adik aku yang superb-muperb-annoying! Taik dia sendiri aku yang tolong flushkan dah pandai nak melawan >:( Tak pe kau! 


Aku dengan rasa geram curi-curi bukak laptop kepunyaan dia aka mak aku punya and tukar gambar dekstop dia yang comel ni
 
kepada
V
V
V
V
V
V
V
V
 
AHAHAHAHA XD jahat tak aku? Yes I know. Aku memang jahat. Aku tau tu :3
ps: tak dapat tengok pasta sebab ada budget 2012. siar kat tv1 je sudah ah. grrrr.


currently watching : Pasta.

 
Pasta :3
 
isnin-jumaat
5 petang 
tv2

Thursday, 22 September 2011

explain this.

 
ps: nak pakai spec ke tak? nanti kalau pakai spec muka nampak macam power ranger pulak. hadoyai~(tiada kena mengena dengan gambar)

Tuesday, 20 September 2011

you tangkap I punya gambar! I boleh panggil polis tau!!

*focus kat tajuk* ehehe~ ini bukanlah entry syok sendiri mahupun gile glamour. jadi, telan balik muntah anda. YERK! ok! ok! aku masih sedar diri dan janganlah bimbangkan aku. aku masih waras dan berpijak di bumi nyata :D


straight to the point. tajuk entry ni ada kaitan dgn video yang akan aku tunjukkan nanti. story dia lebihkurang camni, 2 orang chinese women rebut parking kat TESCO =__= benda kecik pun nak gaduh! lain kalai pegi ah GIANT! *tetiba*
ok! pengajaran dia kelakar xD tapi yang palik membuatkan aku musykil tahap kelapan bila time chinese woman (baju kuning tu ah) suruh anak dia panggil papa dia. tapi amekaw! ntah sapa2 yang datang. kecelaruan identiti disitu~

konklusinya, kenapa perlu gaduh2 kalau boleh settle elok2 and janganlah tunjuk sikap maki macamtu depan anak2. jangan marah diorang pulak kalau 1 hari nanti anak kita maki kita pulak.

ps: ini bukan entry racist. mungkinkah ini teaser david teo untuk mengeluarkan filem baru yang bertagline "lu langsi, wa panggil lu babi".
lu langsi, wa kahwin lagi 

Thursday, 15 September 2011

selamat hari kemerdekaan MALAYSIA!!

mood: semangat patriotik yang makin membara!!
OH YEAH!! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! #amekaw! macam orang kena sawan.
aku excited ni nak menyambut kemerdekaan XD lagi-lagi tengah dengar lagu "saya anak malaysia". terangguk-angguk kepala adik aku dengar XD hadoyai!
serius weyh! aku pun menari-nari dengan adik aku. #jangan bayangkan
bila dengar lagu ni aku teringat masa sekolah dekat klang ada sekolah pendidikan khas. then budak-budak pendidikan khas tu buat persembahan lagu ni. ada yang pakai baju kurung, baju india, baju tentera (LOL) and beberapa baju yang aku tak ingat. tak silap aku ada 5 orang. gila kau nak ingat. masa 2005 tu!
start persembahan semua nya berjalan lancar. bila masuk part SAYAAA ANAK MALAYSIA! sorang daripada 5(yang pakai baju tentera) tu dah tak ikut step! XD angguk-angguk kepala bagai. memang feeling habis la dia! satu dewan tergelak-gelak XD
 
tak boleh lupa! AHAHAHA XD 
tuntasnya, jadilah seorang yang menghargai hari kemerdekaan. walau beza bangsa, agama, fahaman politik dan bahasa, hayati lah kemerdekaan. kita tak payah susah-susah pergi korban nyawa bagai just menghargai dan menghormati negara MALAYSIA! (especially jalur gemilang dan lagu negaraku). even kawan aku yang dari US tu pun nyanyi lagu negaraku time perhimpunan, so bukalah minda :D
p/s: versi baru saya nak malaysia pun aku suka XD


Friday, 9 September 2011

bila "Tragedi Hari Raya" ditranslate ke English xD

AHAHAHAAHA xD serius lawak bila entry aku Tragedi Hari Raya di translatekan dalam English. 

(klik untuk nampak jelas-jelas)

 
(klik untuk nampak jelas-jelas)

tuntasnya, bahasa jiwa bangsa. LOL XD ada kena mengena.


speechless @___@




Saturday, 3 September 2011

tragedi hari raya.

YEAY!! hari raya! hari raya! ^___^ ok tipu. tak la happy sangat. penat ada ah. grrr.
mana tak penat, orang lain makan kenyang-kenyang, aku pulak yang kena basuh. dah pakai baju lawa-lawa kena buat keje pulak. oh, please! rosak la baju aku! penat-penat gosok sehingga menggunakan tulang empat kerat hingga akhirnya ketajaman baju itu boleh mencederakan sesiapa yang menyentuhnya. itu merepek.


lagi satu yang aku perasan pada raya tahun ni ialah duit raya. KENAPA?! kenapa semakin lama duit rayaku semakin sedikit D: puas la aku buat muka ala-ala baby face nak kena sepak tapi bila bersalaman habuq pun tak da. so, aku jalan dengan penuh kehampaan. pernah hari tu lepas salam dengan duapupu (jangan tny aku meaning dia. aku pun tak tau) aku tercegat je depan dia. aku nampak duit raya kat tangan dia tapi kenapa dia tak bagi aku? aku tercegat lagi. dia angkat kening, aku pun angkat kening. then dia tanya "nak duit raya ke?". aku dengan penuh keayuan mengangguk sambil tersipu-sipu malu :3 


this is first raya aku pakai pashmina. bayangkan kehodohan muka aku. #sila muntah biru.
 
bila aku pakai pashmina tu, ada je yang aku rasa tak kena. kat sini terdedah, kat sana regang sangat and blabla.. rasa macam nak gigit, koyak, humban, pijak, campak, jerut leher kucing wan aku bila nak pakai pashmina tu. tapi kerana keazaman yang tinggi, aku tetap bersabar. FUH! and hasil dia agak memberassangkan :D

lagi satu yang buat aku hangin satu badan sebab sepupu aku yang kanak-kanak ribena ni. malam raya tu diorang main bunga api(nama pun budak tak kan nak main mercun. gilo.). kalau nak main tu, main je la. jangan la nak merosakkan harta benda awam! berlobang selipar aku diorang buat. free-free je diorang dapat ceramah percuma dari kakak sedara diorang yang comel ni :3
banyak jugak selipar yang menjadi mangsa penderaan fizikal olah kanak-kanak tak cukup umur ni. sakit je hati aku! rasa nak sepak sorang-sorang! dushdush! 

penat dah aku tulis panjang-panjang ni. aku nak menyegarkan badan dengan kesegaran udara di waktu petang. ok merepek. chow, nak mandi!


Tuesday, 23 August 2011

selamat hari raya aildilfitri!

pejam celik pejam celik aildilfitri makin menjelma! huishh! tak sabarnya ^__^ aidlifitri tiba, ramadhan pergi. kinda sad sebab takut tak dapat ramadhan yang seterusnya D:  bila kita dah bersusah payah menahan nafsu pada bulan ramadhan ni, tiba la masanya kita meraikan hari kemenangan bagi seluruh umat islam :D apabila dah excited nak raya, aku pun search lagu-lagu raya dekat youtube

  • lebaran ini [raihan, nowseeheart, rem, ajai]
lagu yang sangat lama. even boleh nampak perbezaan kat muka ajai! LOL XD aku suka SANGAT SANGAT dengan lagu ni :D
  • suasana hari raya [anuar zain&ellina]
this song, aku tak payah nak cakap panjang-panjang lah. adik aku yang 4 tahun pun suka. tapi yang paling aku ROFL bila tengok muka anuar zain XD awet muda sungguh. suara & muka pun comel! kalau tak dengar lagu ini raya aku mesti tak lengkap.
lastly, selamat hari raya aidilfitri! marilah kita bermaaf maafan ye.
terharu tak? specially made for you ^__^



Tuesday, 16 August 2011

nuzul Al-Quran

pada 17 Ramadhan, umat islam akan mengadakan peringatan Nuzul Al-Quran. So, aku nak share info untuk pengetahuan kita sama-sama :D
Sejarah al-Quran: Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman. 
 
 Kehebatan al-Quran: 
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88) 2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala. 3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat. 4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23). 5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw. 6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat. 7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2  8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” 

 Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
  6. semoga ramadhan kali ini membawa rahmat bagi kita semua =D jangan sia-siakan masa yang ada!
  7. info :http://www.msdwdc.org/v2/index.php

sittin on tha toilet xD

video ini sangat-sangat menyentuh hati dan jiwa dan ragaku. ok, ini sangat over. actually, aku tertengok video ini secara tidak sengaja dan sekarang aku rasa tak ada selera nak pegi toilet =_______= seriously. she keep singing " sitting on the toilet ".. again and again. and owh, maybe video ini dah lama tapi aku baru je tengok. lame~  
 
the face. the voice. the toilet. the "sitting on the toilet". just made my day XD  


Sunday, 14 August 2011

I hate my life!

I am. seriously. I hate my life so much! no one cares about me. Even my family D': 
************
kadang-kadang aku terpikir jugak apa motif aku hidup dekat dunia ni kalau semua orang buat tak tahu je dengan kewujudan aku. aku bukan attention-seeker, cuma aku perlukan sedikit pertolongan dan perhatian. please! walaupun sikit. aku sedar aku ni anak ke-2 dan jarang diberi perhatian. sebelum ni aku boleh bersabar tapi bila dah selalu macam ni.. Haishh. nasib anak ke-2. tak tau la kalau family aku je macam ni. aku sedar jugak aku ni tak pandai macam adik beradik. nasib baik ada secebis keimanan dalam diri aku ni dan aku cepat-cepat sedar tujuan utama aku dilahirkan ke dunia adalah untuk menghambakan diri aku dan melakukan segala perintah Allah swt dan meninggalakan laranganNya.
Firman Allah SWT :
Maksudnya:“Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”
(Az-Zariyat: 56)


I do believe that if you haven't learnt about sadness, you cannot appreciate happiness.
Nana Mouskouri 

video game yang comel!

ok. video ini sangat comel XD (bagi aku) aku malas nak buat conclusion video ini. tengok sendiri dan buat kesimpulan sendiri k. chiaow! mood : malas nak menaip.


Sunday, 7 August 2011

sanah helwa ya Suhana :D

pada 6.8.11 family aku menyambut hari jadi adik aku yang sepatutnya disambut pada 5.8.11. tapi tak pe la, lambat sehari je. at least celebrate kan? kan? hohoho XD yeah! adikku yang 'disayangi' siti nur suhana bt jelani ini akhirnya dah berumur 13 tahun!! wohoo!! HAPPY HAPPY BIRTHDAY TO YOU!! <3 ahh~ happynya aku sebagai kakak sebab ada adik yang selalu marah menegur kesilapanku(mood touching)~ nmpk nya adikku lebih matang dariku =___= persekitaran asrama agaknya.
sambut birthday makan buffet je. pun jadi =_____=

birthday girl! nampak tu. pakaian muslimah. ECEH!
adik beradik yang serasi. PTUIH!
jawatankuasa pengehabis makanan. 
cik adik manis yang suka makan manggis
ciri-ciri kakak yang baik :D LOL
 btw, memang have fun sangat! tapi tak dapat buat solat terawih sebab balik lambat =__= apa-apa pun, semoga adikku sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak langkah abang dan kakaknya. (ish..ish..riak betul) tak lupa beribadat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Amin.