ada dengar berita tentang kes wanita dikerat 15 tak? amaran: lemah semangat jangan baca."Polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti mangsa kerat di sebuah kediaman di Ampang, Selangor yang ditemui semalam.
Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa dipercayai dibunuh kira-kira seminggu lalu.
Polis semalam menemui anggota badan dikerat kepada beberapa bahagian sebelum disorok di atas siling sebuah pangsapuri.
Organ-organnya pula dibuang ke dalam mangkuk tandas.
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas penghuni terhidu bau busuk.
Kejadian disedari di tingkat lima sebuah pangsapuri di Taman Kosas, Ampang, petang semalam.
Seorang jiran terhidu bau busuk sejak tiga hari lalu dari unit pangsapuri yang tidak berpenghuni itu.
Curiga dengan keadaan itu, ia segera dimaklumkan kepada pihak pengurusan pangsapuri.
Hasil pemeriksaan amat mengejutkan.
Sebelah kaki manusia ditemui di atas lantai.
Penemuan itu segera dimaklum kepada polis.
Hasil siasatan mendapati terdapat dua plastik dan satu sarung bantal disorok di atas siling.
Plastik berkenaan berisi anggota badan manusia yang telah dikerat manakala sarung bantal berisi kepala seorang lelaki.
Pemeriksaan lanjut, polis menemui sejumlah organ manusia di dalam mangkuk tandas.
Pemeriksaan forensik menunjukkan suspek telah menyorokkan anggota badan yang dikerat di atas siling namun kerana beban yang berat, salah satu kaki mangsa jatuh ke atas lantai.
Polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh lebih 72 jam lalu.
Mayat kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat."
gila betul!! "SALAH SATU KAKI MANGSA JATUH KE LANTAI"? $^%&* %^$&@! menggigil aku tulis >___< tapi! paling mengejutkan, ada mayat budak lelaki berumur 5-6 tahun. FUUU! gila betul la orang yang ppi kerat2 ni!
"
Mangsa kerat 15 di Ampang, Selangor disahkan seorang wanita mengandung.Paling memeranjatkan, hasil bedah siasat petang tadi turut menemui mayat seorang kanak-kanak dalam beg plastik.
Perkembangan terkini pembunuhan kejam itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin.
ACP AMIRUDDIN JAMALUDDIN / KETUA POLIS DAERAH AMPANG JAYA
Hasil post mortem yang kita laksanakan hari ini, pihak hospital menjumpai satu mayat kanak-kanak, bangsa belum dikenalpastikan lagi di dalam beg plastik umur lebih kurang 5-6 tahun. Dan mayat semalam dikenalpasti perempuan, identiti dan bangsa tak dipastikan lagi. Namun kita dah ambik cap jari si mati untuk semakan lanjut. 
Bagaimanapun, pihaknya masih menanti keputusan penuh makmal berhubung punca kematian.
Polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup, CCTV di sekitar pangsapuri bagi menjejaki suspek.
Kepada yang mempunyai sebarang maklumat diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya."
bmana sifat perikemanusiaan? dah bunuh sudahlah! tak payah nak kerat-kerat bagai! then,
 budak pun kau nak bunuh ke? 
  | 
kaki yang terjatuh tu >__< 
 
  | 
info: http://www.tv3.com.my