Thursday, 24 November 2011

biskut bentuk tahi warna warni.

JYEAH!! malaysia menang bola sepak sea games!
menang
menang
menang!!
ok. aku lame. silalah menyindir aku. *menekup muka sambil menangis teresak-esak*

lupakan. straight to the point. aku sangat suka biskut ni. macam mana nak explain bentuk biskut ni ye? uhh.. dia biskut. biskut yang sedap. dan ada benda manis berbentuk tahi diatasnya yang mempunyai pelbagai warna dan boleh menarik hati si pemakan mengikut warna kegemaran mereka. rasa manis yang mencair dimulut semestinya sedikit sebanyak menyentuh sanubari sesiapa yang memakannya.
biskut yang mencuri hatiku.

selalunya aku akan makan biskut ni tanpa makan "benda manis yang berbentuk tahi itu" dahulu. sebab aku nak menikmatinya kemudian. *air liur meleleh*

p/s : adik aku baru balik kursus dari teluk batik dan dia belikan aku satu pek keropok ikan. aku rasa sangat terharu. *mengesat air mata sambil mengunyah keropok ikan*

Sunday, 20 November 2011

Malaysia ke final!! yeay!!

dp kat fb.
Alhamdulillah!! malaysia masuk final weyh! masuk final for bola sepak!! this is freaking good news! but the saddest news is, malaysia akan lawan dengan negara 'yang sangat menghormati negara malaysia'. yeah.. apa lagi.. aku harap mental and fizikal harimau muda kuat. sebab mereka bukan saja menentang 11 orang pemain indonesia tapi dengan beribu-ribu peminat fanatik susah mati mereka. kau bayangkan kau tengah main bola best-best orang ejek-ejek kau. tak rasa macam nak bagi diorang makan kasut korang! kalau aku ada duit yang lebih(and of course keberanian yang tinggi) for sure aku akan pergi! nak bagi sokongan gila-gila!! 
gelek-gelek aku dengar lagu ni.
lagu ni kalau nyanyi kat stadium dengan penyokong malaysia yang ramai sure bergema stadium tu!! and sama-sama jangan lupa tengok MALAYSIA fight dengan indonesia hari isnin pukul 8 malam. sama-sama bagi sokongan!! 
SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA! HARIMAU MALAYA!
SELAMANYA! SELAMANYA! SELAMANYA! SOKONG MALAYSIA!
EH LELELELE OHOHOH!
EH LELELELE OHOHOH! (aku main bantai je. betul ke?)
ps : aku memang bersemangat patriotik. tak tau ke? duuhh. semangat aku ni lain macam.

Tuesday, 15 November 2011

sukan sea 2011.

sukan sea 2011 dah berlangsung sejak 11 november lagi. tamat pada 22 november. aku memang tak miss la nak tengok story pasal sukan sea ni kat astro arena dengan tv3. aku pun tak tau kenapa aku minat sangat. nampak sangat menarik <3


aku semestinya menyokong malaysia!! negara yang amat ku cintai sepenuh jiwa dan raga k! kalah menang adat pertandingan. tadi aku tengok acara renang. not bad la malaysia. kalau ada daniel bego kalah korang semua! mwahahaha! and aku tak sabar nak tengok malaysia lawan indonesia pada 17 nov ni. note to penyokong indonesia : jangan nak boo boo pemain malaysia k! nanti aku terbang datang sana, bakar stadium korang! kesian kat harimau muda nanti :(



ps : seluruh rakyat malaysia mendoakan kejayaan atlet-atlet malaysia. jadi lakukanlah yang terbaik! (kalahkan indonesia tu!) and dapatkan pingat emas sebanyak yang mungkin. GANBATTE!!

Monday, 7 November 2011

saya bose. bose. bose.

serious bosan! tak tahu nak buat apa hari ni. macam orang tak da life. aku bosan makan benda yang sama, lemang, rendang etc (hari raya korban bebeyh!). kalau dah makan benda yang sama for 3 hari mana tak bosan -__- bosan tak da activity best nak buat. bosan tak da novel baru nak dibaca. bosan sebab tak pergi mana-mana. bosan sebab aku seorang yang bosan. bosan bila pikir cuti yang akan datang tanpa buat apa-apa. bosan tak boleh keluar jalan-jalan suka-suka hati.bosan.bosan.bosan. aku pun jadi bosan taip benda bosan ni. UGH!! 
 
ps : bose? pejadah tu? maksud dia bosan la. -__- DUHH!! kau ni membosankan lah. 

Tuesday, 1 November 2011

Ibu! kakngah nak bekal!

habislah sudah kesengsaraan aku kali ni. exam yang memang aku nantikan supaya cepat habis dah pun tamat. penat lelah terpaksa bersengkang mata sampai lewat malam pun hilang (cehh~ macam belajar). 
*****
waktu rehat tadi, macam biasa aku pergi makan. cehh~ tak kan nak belajar pulak. makanan kantin semuanya tak membangkitkan selera makan aku.tapi apa kan daya, aku tengah lapar tahap singa mengaum! nak makan kuey tiao tom yam, aku selesema pulak. nanti meleleh je hingus sebab pedas. YEKK! jadi aku putuskan untuk beli 'wafel lembik yang cuma dipanaskan' yang berharga 2 ringgit.

tengah aku mengunyah makanan secara penuh tertib, datang 3 orang kawan from kelas epsilon. ada sorang tu nama dia Iffah (bukan nama sebenar) selalu bawak bekal. mak dia masakkan pagi-pagi sebelum anak dia pergi sekolah. jealous aku! kalau family aku, makan tengah hari pun kat kedai, ni apatah lagi sarapan. pssh! ada je makanan best2 yang dia bawak. hari-hari bekal lain. jealous aku!! and! mak dia asingkan bihun dgn kuah! sangat penyayang!! aku rasa macam nak tukar tempat je dengan dia. aku pun tak ingat last time aku bawak bekal bila. sangat sadis!
 
ps : tadi lunch makan kfc. =___=' aku nak mak aku masak!!!